Tuesday, September 8, 2009

Wang kertas RM50 Serba Baru

Mesti anda tertanya-tanya dkt blog aku nie ada tulis 'life, news, hobbies & junk...' tapi, aku xpernah pun tulis pasal hobby aku kan. Ok lah, ni post pertama pasal hobi aku nie. Iaitu mengumpul wang. Aku baru je berjinak-jinak dalam hobi ini, dalam 3 tahun kot. Aku pun masih student lagi. So, koleksi aku xdelah banyak sgt. Kali ni aku nk cerita pasal wang kertas RM50 yang baru.

Pada 16 Julai 2009, Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan pengeluaran wang kertas RM50 versi baru untuk menggantikan wang kertas RM50 yang berada sekarang. Aku pasti ramai di kalangan anda sudah pun memiliki wang kertas ini. Terutamanya ketika mengeluarkan duit dari mesin ATM.

Namun ramai dikalangan anda tidak tahu, wang kertas RM50 yang anda peroleh merupakan set yang ketiga bagi wang kertas RM50 yang baru ini. Untuk menerangkan lebih lanjut, wang kertas set pertama ini telah dikeluarkan pada 26 Disember 2007. Wang kertas ini hanya dikeluarkan sebanyak 20 000 unit sahaja! Wang kertas ini dikeluarkan bagi menyambut ulangtahun kemerdekaan ke-50 negara kita. Aku merupakan insan yang agak bertuah kerana berjaya menjadi pemilik wang ini yang ke 5942 dari 20000 unit duit yang diedarkan di seluruh Malaysia.

Gambar di atas adalah duit yang aku maksudkan. Perbezaan yang terdapat pada set pertama duit ini ialah:-
  • Warna Gold pada tenunan songket pada bahagian depan wang.
  • Prefix duit ini hanya dari AA0000001-AA0020000 sahaja.
  • Logo Ulangtahun Merdeka ke-50 pada bahagian belakang wang.
  • Duit ini diedarkan bersama-sama sampul khas yang dikeluarkan oleh BNM.
  • Aku beli duit ni di Cawangan BNM dengan harga RM60, tapi harga duit ni sekarang >RM250

Set yang kedua pula adalah seperti di bawah. Duit ini diedarkan oleh BNM pada 30 Januari 2008. Jumlah unit yang dikeluarkan ialah 50 juta. Namun, aku tengok no. siri macam lebih je dari 50 juta. Dulu aku ada banyak duit ni, lebih kurang 5 keping. Tapi semua duit tu aku dah jual, hehe nk pakai duit punya pasal.. aku simpan 2 keping je untuk aku, siap dengan running no. lg...

Ni la duit yang aku simpan, ciri-ciri duit ini ialah...
  • Warna Silver pada tenunan songket pada bahagian depan wang.
  • Prefix duit ini hanya dari AA0020001-AA9xxxxxx sahaja.
  • Logo Ulangtahun Merdeka ke 50 pada bahagian belakang wang.

Seterusnya set ketiga, set ni macam yang korang pernah tengok. Aku simpan duit ni 2 keping gk. Np aku simpan duit ni? Sebab duit ini prefix die adalah AF, prefix yang pertama untuk duit ni. Seperti yang korang dapat lihat, tiada lagi logo Ulangtahun Merdeka ke-50 pada duit ini. Prefix duit ini hanya bermula dari AF0000001 dan keatas..


So, ini la ketiga-tiga set RM50 yang ada sekarang. Jika anda berminat nak kumpul duit RM50 siri ni, kesemua set ini yang anda harus ada. Mungkin kita akan ada set keempat apabila kita ada Gabenor BNM yang baru kelak.

Saturday, July 11, 2009

PPSMI, Back to Square One

Kerajaan pada baru-baru ini mengumumkan bahawa PPSMI akan dimansuhkan secara berperingkat sehingga tahun 2012. Ternyata keputusan ini mengundang pelbagai spekulasi dari pelbagai pihak. Menteri Pelajaran Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi sebab atas pemansuhan ini adalah disebabkan kemerosotan keputusan peperiksaan dalam subjek Sains dan Matematik.

Namun, saya sama sekali tidak bersetuju dengan keputusan ini. Benarkah Bahasa Inggeris menjadi punca kepada kemerosotan ini? Jika berfikir sejenak, sewaktu persekolahan dahulu tidak ramai guru yang mengajar 100% dalam Bahasa Inggeris. Pelajar masih boleh bertutur dan bertanya soalan dalam Bahasa Melayu. Subjek Matematik khususnya, tidak memerlukan penguasaan Bahasa Inggeris yang tinggi untuk menjawab dalam peperiksaan. Pelajar hanya perlu mahir dalam pengiraan. Hal ini kerana anda tidak perlu menulis satu ayat pun dalam kertas jawapan Matematik anda untuk skor! Jika guru tidak menggunakan 100% Bahasa Inggeris dalam kelas, dan pelajar masih boleh bertanya menggunakan Bahasa Melayu jika mereka kurang faham. Bagaimanakan PPSMI dikatakan punca kepada kemerosotan keputusan peperiksaan dalam subjek Matematik?

Muhyiddin nyata terlalu gopoh dan tidak berfikir panjang dalam membuat keputusan ini. Hal ini dapat dilihat apabila beliau membuat keputusan ini selepas hanya menjadi Kementerian Pelajaran selama 3 bulan sahaja. Lebih memeningkan apabila beliau membuat keputusan dengan menambah peruntukan dan bilangan guru Bahasa Inggeris di sekolah bagi menguatkan penguasaan pelajar dalam subjek Bahasa Inggeris. Beliau ternyata tersalah tafsir matlamat asal PPSMI. Matlamat PPSMI bukan untuk mengukuh penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar, tetapi untuk memudahkan pelajar memperoleh ilmu tambahan di luar, seperti internet, televisyen dan apabila melanjutkan pelajaran di peringkat lebih tinggi kelak. Hal ini kerana hampir kesemua maklumat ini dapat diperoleh dalam Bahasa Inggeris bukan Bahasa Melayu.

Saya masih ingat lagi semasa saya di zaman persekolahan saya (PPSMI belum dilaksanakan). Apabila saya menonton Discovery Channel, atau National Geographic Channel saya kurang faham rancangan yang saya tonton. Bukan saya tidak faham apa yang cuba disampaikan dalam rancangan tersebut, tetapi banyak perkataan saintifik yang saya tidak tahu maksudnya. Hal ini kerana saya belajar subjek Sains dalam Bahasa Melayu. Antara pengalaman yang melucukan ialah apabila saya tidak tahu apa itu coefficient, selepas membelek kamus, coefficient hanya bermaksud pekali! Coefficient bukanlah perkataan yang terlalu saintifik dan sukar difahami jika PPSMI dilaksanakan pada masa saya.

Muhyiddin terus kelu dan tidak berkata-kata apabila rakan baiknya sendiri, Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri tidak setuju dengan keputusan beliau. Tun Mahathir dengan lantang membantah keputusan ini. Beliau juga membuat poll dalam blognya dan mendapati 80% respoden tidak bersetuju dengan keputusan kerajaan.


Persoalannya, kenapa kita perlu berpatah balik, setelah PPSMI telah pun dilaksanakan? Adakah kita terlalu memartabatkan bahasa kita, sehingga kita menjadikan anak-anak kita mangsa kepada keputusan ini. Ternyata, ramai pelajar khususnya pelajar Melayu akan mengalami culture shock apabila mereka melanjutkan pelajaran ke Matrikulasi atau Universiti kelak. Bukan itu sahaja, pelbagai buku rujukan dan bahan tambahan di perpustakaan mahupun diluar hanya terdapat dalam Bahasa Inggeris. Dengan ini, kemungkinan mereka akan mendapat keputusan yang kurang cemerlang.

PPSMI atau tidak? Anda fikirlah sendiri.

Sunday, July 5, 2009

Durian oh Durian..


Musim buah-buahan tiba lagi. Mungkin bagi sesetengah orang, inilah waktu yang ditunggu-tunggu. Jika ada seorang peniaga, ini waktu yg sesuai untuk membuat perniagaan dan mengaut sedikit keuntungan. Bagi penggemar buah-buahan pula, inilah masa untuk anda menikmati buahan yang lazat.

Aku juga menunggu saat ini. Rambutan, manggis dan dukong adalah beberapa spesis buah yang menjadi mangsa kepada aku. Hehe. Walaubagaimana pun, setelah membaca blog rakan ku Schuk, ada satu post dimana beliau sedang mencerita mengenai durian. Eh, tak terfikir pula aku mengenai durian. Kenapa durian belum menjadi mangsaku? Dan apabila aku mengenang semula (flashback), aku pernah memberitahu ayah ku supaya beliau membeli durian, tapi aku juga suruh beliau beli durian yang mahal2..beli 2biji je pn xpe. Xnak yang murah2 nanti xsedap, xlalu nk makan. Membazir pulak. Setelah beliau mensurvey dimasa lapang beliau, dia memberitahu, durian yg mhal, mhal sgt. yg murah, murah sgt. Alamak, melepas aku nk makan durian pada musih buah ini. Hehe.. Tapi xpe, mungkin lepas aku balik UiTM boleh aku makan dgn kawan2 aku. Makan durian sambil duk kupas ramai2 dekat rumah sewa, baru meriah sikit.

The Star, 30 June 2009

Bagi yang lain, bagaimana dengan anda? Sudahkah anda memuaskan diri anda dengan buah pada musim buah-buahan ini? Jangan lepaskan peluang anda. Makanlah sepuas-puasnya sebelum terlambat. Anda mungkin makan hingga anda menjadi muak. Tapi ingat, selepas seminggu anda pasti ingin makan lg. Dan pada waktu itu, mungkin sudah terlambat, terpaksa anda tunggu tahun depan sajalah. Hehe.. Peace.

Saturday, July 4, 2009

Lesen Kelas Baru untuk Kereta Automatic Transmission


Deputy Transport Minister Datuk Abdul Rahim Bakri announced late last month that if everything goes as planned, the government will soon be introducing a new driving license for automatic transmission cars only. This is expected to happen by the end of this year.

Hal ini mungkin sesuatu yang pelik atau tidak pernah didengar. Namun ini bukan sesuatu yang baru. Di sesetengah negara, contohnya Singapura telah pun melaksanakan perkara ini. Untuk makluman Singapura mempunyai 2 kelas lesen untuk memandu kereta, Lesen Class 3A dikhaskan untuk memandu kereta gear auto, manakala lesen Class 3 anda boleh memandu kereta manual dan auto.

What do you guys think? Personally I think this is a good move. Mudah untuk sesetengah pihak (especially ladies..:P) untuk mendapatkan lesen memandu kelak. Tidak perlu lagi belajar untuk menggunakan gear manual. This is because some of the rich people never border to drive a manual car in their life after getting their license. Tetapi, kita harus tengok pada sudut lain, contohnya pada masa akan datang. Akan wujud golongan yang tidak tahu memandu kereta manual. Pada masa kecemasan, dan anda harus memandu kereta manual (cth: kena htr isteri nk bersalin ke hospital). Berdoalah anda selamat smpy ke destinasi anda. Hehe..

Friday, July 3, 2009

Hello Tomato!

This is my first attemp to write a blog. So, to all my fellow bloggers out there, especially my friend, come and visit my blog.. Just for fun. Btw, my blog will not be in full English, nor Malay. My blog will be in Manglish. Why? Because we are Malaysian!! Our languange is Manglish. Malay + English. Haha. That is why I am so proud to be Malaysian. Malaysia Boleh!



Tomato? Why tomato? Nanti sy cerita lain dalam post akan datang. Wait for it.