Pada 16 Julai 2009, Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan pengeluaran wang kertas RM50 versi baru untuk menggantikan wang kertas RM50 yang berada sekarang. Aku pasti ramai di kalangan anda sudah pun memiliki wang kertas ini. Terutamanya ketika mengeluarkan duit dari mesin ATM.
Namun ramai dikalangan anda tidak tahu, wang kertas RM50 yang anda peroleh merupakan set yang ketiga bagi wang kertas RM50 yang baru ini. Untuk menerangkan lebih lanjut, wang kertas set pertama ini telah dikeluarkan pada 26 Disember 2007. Wang kertas ini hanya dikeluarkan sebanyak 20 000 unit sahaja! Wang kertas ini dikeluarkan bagi menyambut ulangtahun kemerdekaan ke-50 negara kita. Aku merupakan insan yang agak bertuah kerana berjaya menjadi pemilik wang ini yang ke 5942 dari 20000 unit duit yang diedarkan di seluruh Malaysia.
Gambar di atas adalah duit yang aku maksudkan. Perbezaan yang terdapat pada set pertama duit ini ialah:-
- Warna Gold pada tenunan songket pada bahagian depan wang.
- Prefix duit ini hanya dari AA0000001-AA0020000 sahaja.
- Logo Ulangtahun Merdeka ke-50 pada bahagian belakang wang.
- Duit ini diedarkan bersama-sama sampul khas yang dikeluarkan oleh BNM.
- Aku beli duit ni di Cawangan BNM dengan harga RM60, tapi harga duit ni sekarang >RM250
Set yang kedua pula adalah seperti di bawah. Duit ini diedarkan oleh BNM pada 30 Januari 2008. Jumlah unit yang dikeluarkan ialah 50 juta. Namun, aku tengok no. siri macam lebih je dari 50 juta. Dulu aku ada banyak duit ni, lebih kurang 5 keping. Tapi semua duit tu aku dah jual, hehe nk pakai duit punya pasal.. aku simpan 2 keping je untuk aku, siap dengan running no. lg...
Ni la duit yang aku simpan, ciri-ciri duit ini ialah...
- Warna Silver pada tenunan songket pada bahagian depan wang.
- Prefix duit ini hanya dari AA0020001-AA9xxxxxx sahaja.
- Logo Ulangtahun Merdeka ke 50 pada bahagian belakang wang.
Seterusnya set ketiga, set ni macam yang korang pernah tengok. Aku simpan duit ni 2 keping gk. Np aku simpan duit ni? Sebab duit ini prefix die adalah AF, prefix yang pertama untuk duit ni. Seperti yang korang dapat lihat, tiada lagi logo Ulangtahun Merdeka ke-50 pada duit ini. Prefix duit ini hanya bermula dari AF0000001 dan keatas..
So, ini la ketiga-tiga set RM50 yang ada sekarang. Jika anda berminat nak kumpul duit RM50 siri ni, kesemua set ini yang anda harus ada. Mungkin kita akan ada set keempat apabila kita ada Gabenor BNM yang baru kelak.